
Di sebalik jadual padat dan aliran sekolah yang lebih menumpukan kepada bidang tertentu, minat dan hobi kami dalam seni tidak pernah pudar...
Kami percaya bahawa minat bukan sekadar aktiviti sampingan, tetapi sebahagian daripada identiti dan cara kami melihat dunia...
#SeniAdalahJiwa #EkspresiTanpaBatas
Walaupun peluang untuk mendalami ilmu catan dan memahami peralatan seni amat terhad, ia tidak pernah mematahkan semangat kami...
Ketiadaan akses tidak pernah menjadi penghalang, sebaliknya ia membakar semangat untuk terus berkarya dengan apa yang ada...
Berkarya seharusnya menjadi kebebasan, tetapi pada waktu itu, persepsi negatif sentiasa muncul seandainya tidak selari dengan norma budaya...
Walaupun berhadapan dengan halangan semangat untuk terus berkarya tidak akan padam...